hati jadi sayu tak tentu hala, hujan betul2 mengamit rasa kali ini... hari ke2 turun tanpa henti, mungkin paham maksud di hati... susahnya menjadi diri sendiri bila yang dah terlupa jadi teringat kembali... kadang jiwa tak mampu nak menanggung rasa hati... pergilah dari diri..kerana terlalu syg aku pada hati yang satu ini... mahu kujaga serapi2 nya..pinjaman dariNYA ini tiada siapa yang mampu menjaga seperti yang aku jaga sehingga kini...yang ada hanya tahu menyakiti... aduhai sekeping hati....
mahu saja bermimpi yang bukan2...tapi inilah kemahuan hati pada tika ini... indahnya andai dapat melihat sebuah lukisan di atas kanvas putih, bukan melihat pada sebuah lukisan... tapi teringin sekali mahu melihat titik mula sebuah lukisan itu sehinggalah titik akhirnya... sumpah, aku sangat mahu melihatnya.... yang mahukan bukan2 itu adalah aku...mahu lihat lukisan segala, sudah terang lagi nyata bukan aku yang akan mulakan.... manakan tidak, melihat saja mampu tetapi aku tidak punya bakat untuk melakar sendiri... oh sesiapa, lukislah sesuatu yang boleh difahami oleh fikiran waras seorang manusia seperti aku....
tidak aku mengundang sesiapa untuk membaca huruf2 kosong yang telah aku susun dan reka menjadi suatu cerita hati.... aku hanya sekadar menaip, mengikut hati atau emosi, aku sendiri tidak pasti.. tapi yang pasti, aku sendiri rasa perbezaannya kali ini.... aku seakan pasti tiada yang membaca sampai ke baris akhir ini... biarlah asalkan aku puas hati untuk seketika...
aku bebas bercerita apa sahaja kerna sudah pasti tiada tajuk yang aku pandukan... sudah tiba masa mengundur diri...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Sahabat Tercinta....
Hanna binti Hashim...
~semoga segala yang tertulis buatmu adalah yang bagus2 belaka....
~semoga hari mendatang kau tempuh dengan penuh dewasa...
untukmu sahabat...ku terlalu menyayangimu.....
hohoho...opsss..terupload....happy birthday girl... inilah HANNA ku.... huhu....
(heh...hilang sudah madah berhelah ku...huhu...cuba pujuk hati ni...hahaha.... )
untuk teman dan diri sendiri.... hidup ni macam tunggang basikal, untuk pastikan ia terus seimbang, kita perlu terus mengayuh... life must go on in wateva situation...
dadaaaaaaa~ SALAM....